Isnin, 16 Mei 2011

Koleksi kotak

 Sesuai untuk coklat oreo
 untuk 6 biji coklat
 untuk 6 biji coklat (kotak keras)
 untuk 4 biji coklat (kotak keras)
 untuk 24biji coklat
 untuk 35 biji coklat
 untuk 16 biji coklat
 untuk 35 biji coklat
 untuk 15 biji coklat
 untuk 35 biji coklat
 sesuai untuk hantaran kahwin (40 biji coklat)
Anda boleh pilih kotak yang anda suka.......

KOLEKSI COKLAT

coklat yang cantik ini juga boleh dijadikan hadiah buat kawan tersayang semasa hari jadinya @ kejayaan kawan kita. apa salahnya berbelanja untuk kawan tersayang. coklat mungkin membuatkan kawan kita gembira.






~ oreo chocolate ~ sesuai dihadiahkan kepada kanak- kanak  . rasai yang enak  kerana ada biskut yang disaluti coklat. nyum - nyum . ^__^
j


pelbagai PERKATAAN boleh dibuat berdasarkan pilihan anda. seperti ' SELAMAT PENGANTIN BARU'
& akan diisi di dalam kotak yang menarik !
~`boleh dijadikan sebagai hadiah untuk tetamu pada hari bersejarah saperti kahwin . tunang & sebagainya~



juga sesuai buat si kecil yang comey ! 


contoh SELAMAT HARI IBU










sesuai untuk hantaran tunang / kawen . untuk yang tersayang.


sesekali ape salahnya hadiahkan coklat buat ibu tersayang ! tidak semestinya hari ibu baru la sibuk mencari hadiah. hari - hari adalah hari ibu kita sebenarnya. =)

cepat ! cepat ! cepat! tempahla sekarang untuk hari bersejarah anda , anak- anak anda, dan sebagainya.

untuk keterangan lanjut @ membuat tempahan boleh hubungi saya  ~ 0133737961 atie.
APA ITU COKLAT?
Coklat adalah sejenis makanan yang berasal daripada buah koko yang telah dijalankan proses pengeringan. Proses pengeringan ini adalah bagi menghasilkan serbuk koko seterusnya boleh menghasilkan coklat. Coklat mengandungi tidak kurang daripada 5% lemak sayuran. Manakala, coklat yang digunakan sebagai salutan untuk membuat biskut, konfeksyeneri atau produk coklat yang lain hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 12% likur koko.

KELEBIHAN COKLAT

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa coklat merupakan makanan, minuman dan snek yang popular di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Walau bagaimanapun, coklat dianggap sebagai makanan junk dan tidak berkalori, enak tetapi tidak berkhasiat. Tetapi pada hakikatnya adalah sebaliknya. Yang nyatanya, coklat adalah makanan yang penuh khasiat dan berupaya menyumbang kepada keperluan pemakanan secara positif. Sebagai contoh, kandungan zat di dalam coklat susu berbanding coklat putih.
Coklat adalah satu hadiah yang istimewa untuk diri sendiri. Ia juga satu hidangan yang diketengahkan untuk pelbagai majlis keraian baik sambutan hari jadi mahupun majlis perkahwinan. Coklat umpama membawa mesej yang berkata, ‘Terima kasih’, ‘Saya cintakan kamu’ dan ‘Ia khas untuk diri saya’. Makan coklat adalah satu langkah memanjakan diri. Sungguhpun bagi sesetengah individu coklat memberikan ketenangan dan menggembirakan kita, ia harus diambil secara sederhana.

Antara kelebihan coklat yang dikenalpasti:
a)         Membantu meningkatkan memori dan hafalan
b)         Membantu menguatkan hafalan
c)         Membantu menajamkan mata dan minda
d)         Membantu memulihkan keletihan saraf
e)         Membantu menguatkan daya ingatan
f)          Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
g)         Mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung
h)        Meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan
i)          Melambatkan proses penuaan


Ape lagi tunggu2....jom tempah coklat dengan saya..